permainan tradisional

Di Malaysia terdapat pelbagai permainan tradisional antaranya :-


1) congkak
Hasil carian imej untuk congkak


Congkak (Jawiچوڠكق) ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli


2) rebut tiang


Imej yang berkaitan



Rebut Tiang ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Rebut Tiang ialah permainan tradisional yang dimainkan di sebelah utara terutama di Kedah. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak secara berkumpulan seramai lima orang ke atas.
Permainan Rebut Tiang cuma memerlukan rumah yang banyak tiangnya. Permainan ini sering dimainkan semasa permainan di halaman rumah tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat.

                                                              3)konda kondi



Hasil carian imej untuk permainan konda kondi



Konda kondi atau juga dikenali sebagai Perik mata ialah sejenis permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Dalam masyarakat India, ia dipanggil 'kaunda kaundi'. Permainan ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 orang.
Permainan ini menggunakan dua batang kayu sepanjang 0.5 meter. Sebuah lubang dikorek di atas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga. Kayu diletak di tengah lubang secara melintang. Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar terpelanting jauh dari pemain lawan

                                        4)selambut



Hasil carian imej untuk permainan selambut




selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.
Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.
Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana-mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain akan duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.

terdapat pelbagai lagi permaina tradisional jika anda ingin melihat sila tekan url dibawah:-https://ms.wikipedia.org/wiki/Permainan_tradisional_di_Malaysia











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

kuih tradisional

sahabat